Jumaat, Januari 15, 2016

MEMAHAMI KONSEP KESUBURAN SELEPAS MENGAMBIL MAB

MEMAHAMI KONSEP KESUBURAN SELEPAS MENGAMBIL MAB

MAB dikaitkan dengan herba mencegah kehamilan. MAB juga menyuburkan peranakan untuk mudah hamil.

 Kadang-kadang menjadi kekeliruan mana satu peranan MAB, untuk family planning ke untuk kesuburan?? Ini menjadi kekeliruan orang yang tidak memahami konsep.

Untuk memahami konsep ini, biasanya perempuan yang sukar mengandung biasanya disebabkan oleh peranakan yang tersumbat darah kotor seperti darah nifas, haid yang tidak keluar habis. Ini menjadikan peranakan (uterus) menjadi berasid dan salur peranakan tersekat.

~Sifat sperma yang dilepaskan dari vagina selepas bersama akan bergerak merentasi vagina, uterus dan rahim untuk bertemu dengan ovum melakukan persenyawaan.
Sperma mempunyai hayat 24jam. Ia perlu pantas merentasi uterus sebelum tamat hayatnya 24jam.
~Dalam perjalanan kadang-kadang ia musnah kerana melalui medium yang berasid yang melebihi 80% dalam cecair uterus. Kadang-kadang pergerakan sperma tersekat oleh darah kotor yang menutupi salur uterus.

Kehamilan tidak berlaku kerana sperma belum pun sampai ke rahim hayatnya luput disebabkan halangan dalam uterus.
Kedua-dua factor ini membuatkan wanita sukar hamil walau pun benih masing-masing lelaki dan wanita aktif dan tidak mandul.

Dengan mengambil MAB, MAB akan menyahkan darah kotor (detox) dalam uterus dan menjadikan persekitaran dalam uterus bersifat alkali. Dengan itu, sifat alkali ini akan memberi perlindungan kepada sperma supaya ia tidak musnah.
Dengan itu sperma boleh sampai ke rahim sebelum tempoh 24jam. Ia berupaya melakukan persenyawaan dengan ovom. Maka berlaku kehamilan.

Jadi untuk perempuan yang hendak hamil ia perlu detoxkan terlebih dahulu darah kotor dalam uterus. Jika ia telah mendapat period yang tetap setiap bulan maka kiraan waktu suburnya boleh dihitung iaitu 2 minggu selepas period. Pada masa itu uterus sudah pun bersifat alkali. Ketika itu, berhentilah mengambil MAB dan merancang untuk hamil.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan