Selasa, Januari 19, 2016

KONSEP DAN TINDAK BALAS SELEPAS MAKAN MAB



Apabila anda mengambil MAB, ianya akan bertindak merawat penyakit terlebih dahulu. Proses ini dinamakan tindakbalas awal (healing crisis)
MAB akan bertindak membetulkan sistem dalam badan supaya ianya berfungsi dengan baik. Bahagian yang akan berlaku proses rawatan adalah seperti berikut:

Bahagian Peranakan
Ia akan mencairkan darah period lama/nifas lama yang tidak keluar habis semasa tempoh berperiod/berpantang (bagi yang bersalin).
Darah ini biasanya berwarna hitam/coklat.

Banyaknya darah yang keluar adalah bergantung kepada tahap kesihatan diri masing-masing. Jika anda sudah lama tidak berperiod/period yang pendek, bermakna banyaklah darah kotor yang disimpan dalam peranakan tersebut. Pada peringkat ini anda akan didatangi kekerapan period yang tidak menentu kerana MAB sedang merawat peranakan anda.

Memecahkan lemak / kolesterol / toksin
Selain dari darah kotor seperti di atas, lemak/kolesterol/toksin dalam badan/darah akan dipecahkan dan akan dibuang bersama najis air besar.
Pada masa ini anda akan mengalami kekerapan membuang air besar dan melepaskan angin/kentut
Selepas selesai tempoh itu anda akan melalui peringkat keserasian dengan MAB.

Peringkat Keserasian
Pada tahap ini period akan kembali normal. Maksudnya apabila habis saja makan 21 biji, besoknya period akan datang.
Pada tahap ini MAB sudah serasi dengan anda kerana proses rawatan sudah selesai.

Justifikasi Rawatan MAB
Darah period lama ini seharusnya dikeluarkan kerana ianya memberi implikasi kepada anda dalam tempoh jangka panjang. Antara risikonya SUKAR UNTUK HAMIL, terdedah kepada fibroid/cyst/barah pangkal rahim. Jika darah lama ini dapat dikeluarkan InsyaAllah risiko kepada penyakit tersebut adalah rendah. Dengan kata lain MAB adalah salah satu ikhtiar untuk mengelakkan kemunculan penyakit tersebut. Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan