Khamis, Januari 22, 2009

Sekapur Sireh


Assalamualaikum dan selamat sejahtera......

Atas dorongan suami tercinta, maka terhasil la blog nie. Niat dihati ingin mengembangkan bisness. Mesti you all tertanta-tanya, apa la bisness jue nie? Tak ada la bisness besar sangat. Sajer ingin mencuba nasib.

Sebenarnya cam nie, saya ni minat dalam bidang jahitan. Menjahit baju kurung belum g kursus lagi. Menjahit 'crosstich', walaupun belajar sendiri, tapi alhamdulillah, ada juga dapat tempahan. Tapi itu dulu la. Sekarang nie saya aktif dalam bidang 'jahitan manik' pada baju.

Walaupun tidak pergi kursus, tetapi alhamdulillah, saya mempunyai kemahiran dalam bidang nie. Mungkin minat yang membuatkan saya cepat mahir. Alhamdulillah sambutan yang diterima menggalakkan dan sehingga kini masih lagi menerima tempahan. Sajer mengisi masa lapang. Secara tidak langsung boleh menambah pendapatan.

Sehingga kini masih lagi mengambil tempahan. Kepada sesiapa yang ingin menghantar tempahan boleh hubungi saya di email. Manik yang digunakan adalah dari jenis Mayuki. Sesiapa yang ingin order manik jahitan nie pun, insya allah saya ada stok. tetapi harga ikut pasaran puteri.jue@gmail.com . Sekiranya ada reka sendiri lagi bagus. Saya akan cuba hasilkan seperti yang diingini.

Sudilah kiranya memberi komen, ye... Silakan..

1 ulasan: